Monday, January 26, 2009

SEBIJI LIMAU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.

Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali initidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan.Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkanpemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukanIslam pula.
Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.

Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

No comments:

Post a Comment



“They rob your money. They take your land. They steal contracts. But when we give cows to the poor, they want to charge us,”
Pesan Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Uthman bin ‘Affan radhiyallaahu ‘anhu berkaitan Sunnah dalam sebuah kepimpinan:

hadithuthman

“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]